Nadi X Mahir - Rakaman Forum Mahir Terbuka Dan Kelas Jahit Minggu 1

19 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad, 18 Januari 2026, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam menonton Rakaman Forum Mahir Terbuka dan Rakaman Kelas Jahir minggu Pertama di dalam laman sesawang MTS.

Sesi rakaman ditonton bermula pada pukul 2:00 petang sehingga jam 4:45 petang. Walaupun kekangan masa menyukarkan para peserta untuk hadir pada masa kelas secara langsung, namun dengan sesi rakaman, peserta tidak ketinggalan ilmu baru. Kerana sesi rakaman ini boleh ditonton pada bila-bila masa, dan dimana sahaja. Kehadiran peserta ke NADI Bengoh pada hujung minggu tersebut menunjukkan kesungguhan dan motivasi peserta untuk kelas Mahir.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali